Pages

Pages

Sunday, September 23, 2018

Cara-cara pemakanan yang seimbang.

1. Makan mengikut susunan piramid makanan
2. Banyakkan makan sayur-sayuran dan bijirin
3. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergula
4. Tidak mengambil alkohol
5. Tidak membiasakan makan di larut malam
6. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
7. Boleh juga mengamalkan minum susu atau jus buah-buahan dalam kehidupan seharian


LAMAN UTAMA

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca setia blog saya. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih terlebih dahulu kepada ibu bapa saya, pensyarah-pensyarah dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya kerana memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dan galakan kepada saya untuk mencipta dan membuat blog ini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca setia blog saya. Pada hari ini saya ingin menceritakan tentang pengamalan gaya hidup sihat. kita sedia maklum bahawa masyarakat sekarang tidak mengambil peduli mengenai kesihatan menyebabkan mereka ditimpa pelbagai penyakit. oleh itu, di sini saya ingin sertakan tentang cara-cara pengamalan gaya hidup yang sihat. Semoga ia bermanfaat kepada anda semua❤❤❤




Amalan gaya hidup sihat merupakan satu siri aktiviti atau program yang mesti dilakukan secara konsisten dan berterusan dan amat baik dari sudut kesihatan.  Ia termasuklah pengambilan makanan seimbang, aktiviti senaman, melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, menjaga kebersihan, tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan, rehat yang mencukupi dan sebagainya.



Amalan pertama ialah pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang merupakan kunci utama ke arah amalan gaya hidup sihat. Sewajarnya kita mengambil makanan yang seimbang dalam diet harian dan menjadikannya budaya hidup setiap hari. Makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit bahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis. Sesungguhnya, tubuh kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi serta dapat mengelakkan penyakit berbahaya jika kita mengamalkan pemakanan seimbang.Kita juga mesti meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari.



Selanjutnya, amalan gaya hidup sihat juga meliputi aktiviti senaman. Aktiviti senaman membolehkan darah mengalir dengan lancar dan jantung dapat berfungsi dengan baik. Peluh yang keluar ketika bersenam dapat membuang sisa toksik dalam badan seseorang. Aktiviti senaman boleh kita lakukan dimana sahaja umpamanya di taman permainan, kawasan lapang, dalm gimnazium atau di dalam rumah - menggunakan peralatan senaman yang sesuai. Untuk mendapat kesan yang terbaik, kita mesti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit bagi setiap sesi.



Seterusnya ialah mendapatkan pemeriksaan secara berkala daripada doktor. Mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala juga merupakan amalan gaya hidup. Seseorang itu tidak sewajarnya hanya berjumpa doktor setelah mendapat penyakit. Oleh itu, kita perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan kita agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya jika kita mula diserang penyakit. Sesungguhnya, tahap kesihatan yang baik membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dan ceria.


Tambahan lagi ialah menjaga kebersihan. Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal juga merupakan amalan gaya hidup sihat. Tempat tinggal kita seharusnya bersih dan terhindar daripada hidupan serangga seperti nyamuk, lalat atau lipas. Persekitaran yang bersih membolehkan kita mendapat udara yang nyaman dan bersih. Kita boleh menjaga kebersihan tempat tinggal kita dengan membuang sampah sarap yang terdapat di rumah kita ke tempat yang sesuai. Selain itu, air bertakung yang menjadi tempat nyamuk membiak juga perlu dihapuskan. Amalan menjaga kebersihan rumah patut diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi.




Akhir sekali, amalan gaya hidup sihat juga dapat diamalkan jika kita tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah merokok, mengambil dadah dan minum arak. Di samping menjejaskan kesihatan, amalan ini juga menyebabkan seseorang membazir wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah. Perbuatan menagih dadah juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dalam keluarga dan dijangkiti penyakit AIDS. Oleh itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen untuk menghindarkan rakyat daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan.










Cara-cara pemakanan yang seimbang. 1. Makan mengikut susunan piramid makanan 2. Banyakkan makan sayur-sayuran dan bijirin 3. Kurangkan p...