Amalan gaya hidup sihat merupakan satu siri aktiviti atau program yang mesti dilakukan secara konsisten dan berterusan dan amat baik dari sudut kesihatan. Ia termasuklah pengambilan makanan seimbang, aktiviti senaman, melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, menjaga kebersihan, tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan, rehat yang mencukupi dan sebagainya.




Akhir sekali, amalan gaya hidup sihat juga dapat diamalkan jika kita tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah merokok, mengambil dadah dan minum arak. Di samping menjejaskan kesihatan, amalan ini juga menyebabkan seseorang membazir wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah. Perbuatan menagih dadah juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dalam keluarga dan dijangkiti penyakit AIDS. Oleh itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen untuk menghindarkan rakyat daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan.
No comments:
Post a Comment